Friday, 5 February 2016

...Dengan izin Allah swt....

Peringatan buat kita semua, setiap apa yang kita rancang tidak semestinya akan terjadi kecuali dengan izin Allah swt..



P/S: Entry kali ni nak masukkan kata-kata ni je, takde mood nak menaip panjang2 :D

Tuesday, 2 February 2016

Institut Profesional Baitulmal - part2


Sebelum tuh nak bagitau yang dekat IPB ni ada empat program yang ditawarkan first usahasama dengan UITM which is ada Diploma in Computer Science, Diploma in Accounting, Diploma in Business Management dan Diploma in Accounting System.Then ada program London Chamber of Commerce & Industry (LCCI) dan Certified Accounting Technician (CAT). Yang terbaru IPB ada tawarkan program homegrown which is ada Diploma Zakat&Wakaf dan Diploma Haji &Umrah. So kalau nak tau lebih lanjut pergi jelah laman web IPB ye (www.ipb.edu.my).

Bila dah belajar dekat sini selama dua tahun setengah memang banyak pengalaman yang manis dan pahit. Tambah pulak kos yang aku ambil dekat sini (Diploma in Comp. Science)  memang paling berat dan yes kteorang memang paling minoriti boleh kira guna jari je kalau nak dibandingkan dengan kos yang lain. Kos DCS ni memang susah nak skor dan susah nak survive setiap semester. Tipu lah tak jeles dan tak terasa bila tengok kos lain setiap semester ramai weh dapat dean list, sampai DCS takde pun dean listnya. Sedih tak payah cakap lah kteorang tau je, ramai orang kat situ pandang rendah kat kteorang dan suka nak membeza-bezakan kos kteorang dengan yang lain dengan erti kata lain 'pilih kasih'. Tapi its okay kteorang malas nak ambil port, sebab kteorang ada cara kteorang sendiri untuk survive dalam kos ni dan belum rezekinya lagi untuk kteorang wakil untuk dean list. Kalau dengar je kata-kata negatif orang pada kita tak guna jugak nanti kita tak berjaya pulak. Yelah setiap subjek yang kteorang ambil setiap sem memang tough bukan nak menakutkan tapi memang kenyataan. Bila dah ambil kos ni, semangat memang kena kuat dan kena nekad untuk habiskan belajar dekat sini.

 Firstly, aku masuk sini memang sebab minta UPU tak dapat, tunggu rayuan untuk politeknik masa tuh lambat dapat keputusannya. Alih-alih masa dah dua bulan study dekat IPB ni dapat tawaran daripada politeknik untuk kos yang aku memang nak sangat iaitu kejuruteraan awam, tapi mungkin ada hikmahnya aku tak belajar kat sana. So aku teruskan study kat sini, first sem memang terCULTURE SHOCK dengan subjek utk kos ni sebab tak faham semua coding, algorithm dan maths semua tapi alhamdulilah masa sem 2 dan ke atas aku dah mula jatuh cinta dengan semua subjek komputer dan maths. Tapi itu pun subjek komputer memang susah untuk skor kan A+ berbanding dengan maths. Semenjak sem 3, aku memang baru nak sedar tujuan aku ada kat IPB ni untuk apa dan start daripada tuh aku study separuh nyawa sebab nak graduate on time dan ada target yang belum aku capai *tapi tipu lah kalau tak main-main sikit, sebab kteorang pun nak release stress daripada menghadap assignment&assesment tuh*.

Lepastuh, masuk je sem 5 aku nekad untuk capai target aku yang tak tercapai lagi tuh. Tapi selepas je study bberapa minggu untuk sem 5 tuh ya Allah, tough weh serious! Masa sem terakhir ni, jadual memang full je setiap hari perghh memang mencabar kewarasan akal hahaha. Bila lagi sebulan nak final exam, apa lagi berderet weh setiap minggu ada quiz / test dan disertai dengan assignment / project. Sem lepas aku rasa sem yang projek berkumpulan dia memang sangat mencabar weh *nama pun sem akhir kan* which is projek ENT(buat produk sendiri) dan System Analysis(kena buat sistem sendiri walaweii). Memang boleh dikatakan aku bagi 100% fokus pada dua projek ni dari awal sem sehingga hujung sem, tapi alhamdulilah berbaloi sangat bila time presentation projek semua berjalan dengan lancar dan markah semua memuaskan.

bersambung next entry........