Thursday, 28 January 2016

Institut Profesional Baitulmal - part1

Dah nama entry kali ni pun Institut Profesional Baitulmal (IPB) so memang nak cerita pasal IPB lah ye tapi takde lah gedebuk aku nak cerita dekat entry ni.  So first, biasalah bila orang dengar nama IPB je * yang ada 'baitulmal' tuh* confirm orang akan ingat semua pelajar dekat situ dapat bantuan free uolls sedangkan takde lah macam tuh pun. IPB ni sama je macam institut / universiti yang lain ada. Ada yang dapat baitulmal, pinjaman PTPTN dan MARA. Tapi untuk dapatkan baitulmal tuh ada syaratnye bukan senang-senang semua akan dapat hokay. Macam mana aku tau pasal IPB semua ni? Eh mestilah tau sebabnya aku ni ex pelajar IPB, aku ambil diploma dalam Sains Komputer (usahasama dengan UITM) dekat IPB ni. Tapi aku baru je habis study kat sini tahun lepas (10/2015) , dua tahun setengah lah duduk dan belajar dekat IPB ni. Aku belajar kat sini memang 100% duit daripada pinjaman MARA, yang bezanya pinjaman dekat IPB dengan universiti lain especially UITM sebab kat sini ada pinjaman MARA lah sebab kalau dekat kampus UITM memang ada pinjaman PTPTN je *UITM je yang aku tau ye kalau salah sorry lah ye* . Cuma bila nak apply pinjaman ni, memang rumit walaweiii emosi,fizikal dan mental semua down lah masa nak apply masa awal sem 1 dulu. Rumitnya Allah swt je yang tau, tapi nasib alhamdulilah masa sem 2 pinjaman aku diluluskan :) Pinjaman ini amat penting bagi aku *mungkin sesetengah orang nampak / fikir buat apa nak ambil pinjaman masa belajar, nanti diri sendiri kena tanggung hutang beribu riban* sebab aku ni bukan daripada keluarga yang berada / senang, tambah pulak aku ni anak sulung so memang tak nak harapkan duit mak bapak lah cukuplah ada adik dua orang bawah aku tuh. Itu semua pengalaman paling tak dapat lupa lah serious! Tapi nasib baik batch (05/2013) adalah batch yang terakhir akan dapat diskaun pembayaran balik kat MARA nanti, diskaun tuh bergantung pada CGPA kita yang last sem so nanti dah dapat transkrip daripada UITM masa konvo nanti baru buat surat permohonan diskaun pembayaran pinjaman pada MARA.  Kalau PTPTN pulak tak silap aku dia bagi elaun untuk satu sem terus dalam bank, tapi duit yang masuk dalam bank tuh memang dah tolak yuran semua lah. Kalau MARA setiap bulan duit elaun akan masuk then duit yuran memang kita akan bayar sendiri, tak macam PTPTN dah tolak awal-awal. Kalau biasiswa baitulmal selalunya dia ada dua peringkat pembayaran dia masa awal sem dengan akhir sem pelajar akan dapat duit baitulmal tuh. Ada yang dapat biasiswa untuk elaun+yuran, ada yang untuk elaun je dan ada yang untuk yuran je. So tengok lah rezeki masing-masing, sebab nak minta biasiswa baitulmal ni kena interview dulu baru boleh dapat :D 

P/S: seterusnya bersambung di entry lain...

Ihsan daripada google :)


5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Cara pemakain mase kuliah kt ipb mcm mne ye ? x bole pkai seluar ke ? mksud sye seluar jean atau slack...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tk boleh sama sekali..lgi-lagi klau nk pegi class..basically,baju kurung,jubah,blouse labuh and thats it...i student from ipb,tgh intern hehe doakn i..

      Delete
  3. asalamualaikum sijil IPB diiktiraf x?

    ReplyDelete
  4. Apa yg ditanya masa iv utk biasiswa baitulmal??

    ReplyDelete