Wednesday, 20 January 2016

What do you mean?


Bila peluang telah diberikan kepada seseorang itu, gunakan lah peluang yang diberi sebaik mungkin sebab peluang tuh mungkin akan datang sekali je *bukan peluang utk kecewakan hati dia*

"Bila si B sudah mula memberi pelbagai alasan supaya tidak menghubungi nya kerana sesuatu sebab maka si A mula tertanya-tanya macam lagu 'what do you mean' si justin bieber tuh dan mengesyaki ada sesuatu yang disembunyikan oleh si B. Si A sangat kecewa sebab peluang yang diberikan pada si B dipermainkan dan di sia-siakan macam tuh je. Si A memang tak sama macam orang lain, tetapi si A ada tahap kesabarannya dan tahap kesabarannya dah melebihi had maximum. Bagi si A dia hanyalah tunggul dan patung permainan yang tiada perasaan kerana si B seringkali melakukannya seperti itu. Kehadiran si A tidak memberi apa-apa makna dalam hidup si B dan tidak dihargai pun. Dan akhirnya si A membuat keputusan untuk .................. ". hah kalau korang agak-agak nak buat apa keputusan akhirnya??? 

Itulah kehidupan ye uolls, apa yang ada depan mata tak kan pernah cukup dan mesti nak lebih lah confirm kecuali orang yang betul-betul bersyukur dgn apa yang Allah swt dah beri pada dia. Tapi kita tak boleh salahkan sesiapa sebab setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin kehadiran seseorang dalam hidup kita bukan untuk jadi teman hidup tapi untuk mengajar kita menjadi lebih baik dan kuat untuk menjalani hari-hari yang mendatang. Think positive je okay kalau dok memanjang think negative memang tak jadi apa lah walaweeiii... Entry kali ni saja dok membuat cerita macam cerita drama tuh jangan salah faham si A dan si B tuh hanya huruf je takde kena mengena dengan kisah sesiapa pun :) 

P/S: Jangan sesekali berikan harapan pada seseorang dan hargai lah seseorang dalam hidup anda okay.

No comments:

Post a Comment