Bila sebut perkataan "keluarga" mesti akan teringat peribahasa ni kan "Air dicencang tidak akan putus.". Walau bagaimana masalah yang melanda sekalipun, hubungan kekeluargaan tidak akan terputus. Kadang-kadang dalam satu situasi di mana kita amat sayangkan semua ahli keluarga kita, tengah-tengah bahagia, gelak tawa semua dgn dorang, sentiasa berkumpul bersama, pasti ada diantara kita yang iri hati dgn kebahagiaan kita tuh. Apabila iri hati, timbul lah si batu api yang suka melaga-lagakan, mengadakan cerita yang takde dan buat fitnah di antara saudara sendiri untuk kesenangan diri dia. Bila dalam situasi ni, hati kita akan ada perasaan kesal, kecewa dan sedih yang sangat mendalam * luka di hati tuh jauh lebih sakit daripada putus kawan/cinta* sebab kita masing2 bergaduh dgn darah daging kita sendiri tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya. Yang dulunya sentiasa ada disisi dan sentiasa rapat bertanya khabar semunya hilang hanya kerana satu perkara yang tidak diketahui kebenarannya. Sebenarnya boleh je kita semua bawa bincang selesaikan masalah ni tapi bila ego dalam diri mengatasi segalanya so berlarutan lah hal seperti ini. Sebagai hamba Allah swt, apa yang kita boleh buat kita hanya serahkan segalanya padaNYA untuk memperlihatkan kebenaran yang sebenar dan menjernihkan semula hubungan kekeluargaan ni. Bukannya pergi menuntut ilmu2 lain ye uolls, astagfirullahalazim minta dijauhkan lah dari segala benda2 khurafat ni. Meminta kebenaran daripada Allah swt bukan untuk tunjukkan pihak mana yang menang atau kalah tapi untuk mengetahui perkara yang sebenarnya dan memperbaiki semula hubungan kekeluargaan ni okay.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.[Riwayat Bukhari & Muslim].
Dari 'Aisyah ra katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan." (Riwayat Bukhari)
Entry kali ni memang random, sebab tiba-tiba terDAPAT IDEA TANPA SENGAJA hokayy. Last but not least, mudah-mudahan semua ahli keluarga sentiasa di bawah lindungan Allah swt, dan semoga dipermudahkan setiap urusan dunia dan akhirat, in shaa Allah aminn.

P/S: Sayang dan Rindu pada keluarga aku tak mampu diungkapkan dgn kata2 cukuplah Allah swt je yg tau.Moga semuanya selesai dengan sebaik mungkin.
No comments:
Post a Comment