Perkara yang paling suprise bagi setiap insan. Kenapa suprise? Yelah kita bukan tau pun siapa pasangan kita pada masa yang akan datang yang dah tertulis sejak azali lagi oleh Allah swt. Kadang2 dalam dunia ni, tak mustahil orang yang rapat dengan kita sekarang ni sebenarnya jodoh kita yang selama ni kita cari yang Allah swt kurniakan pada kita tapi berkemungkinan juga orang yang rapat dengan kita sekarang ni adalah jodoh orang lain. Sakit kan bila orang yang kita sayang sekarang ni adalah hak milik orang lain sebenarnya? Haaa tapi kita kena ingat macam tuh jugak lah rasa sakitnya jodoh kita tuh nanti.
Kadang2 Allah swt sengaja hadirkan seseorang yang kita nampak dia sempurna amal ibadahnya, budi pekertinya & perangai nya dalam hidup kita sedangkan dia bukan jodoh kita pun. Allah swt hanya pinjamkan dia dalam hidup kita sekejap sahaja. Kenapa? Yelah untuk mengajar kita erti kesabaran, kesetiaan, kejujuran & dijadikan pengajaran yang mana baik & buruk. Dan Allah swt nak kita tau yang sebenarnya cinta yang hakiki (kekal) itu adalah cinta Allah swt :)
Kadang2 dalam fikiran mesti terfikir, kenapa Allah swt buat macam ni kat kita right? Nak tau jawapannya? Haaa jawapannya simple je, setiap perancangan yang Allah swt dah takdir kan utk kita lebih indah daripada perancangan kita. Sampai satu masa nanti, kita pun akan tergamam & bersyukur dgn kurniaan yang Allah swt berikan pada kita semua. Percayalah. Yang penting kat sini, bila kita jaga hubungan dengan Allah swt, in shaa Allah DIA akan jaga kita juga ;)
Kadang2 kalau dah ditakdirkan dia jodoh kita, kahwin seminit (lepas tuh meninggal) pun tetap dikira jodoh kan? *hah cerita Seindah Takdir Cinta sangattt* Kadang2 orang yang kita tak sangka tuh lah sebenarnya orang yang kita tunggu selama ni :'D Cukup sempurna perancangan Allah swt, DIA tutup dgn rapi soal jodoh & ajal kita. Sebab DIA nak kita sentiasa berusaha & menjaga amal ibadah kita dgnNYA.
Semua perasaan ni, akan dirasai semua orang right? Rasa takut kehilangan orang yang dia sayang yang dicintai & what so ever lah kan? Tapi kita tak boleh melawan perancangan yang telah diaturkan untuk kita. Kita kena yakin & redha dengan sebarang kemungkinan :)
Sebenarnya nak bagitau ending Seindah Takdir Cinta sgt best walaupun sedih, sebab cerita ni tunjuk kan pada kita kalau seseorang tuh memang dah jodoh kita, macam mana sekali pun dugaan yang datang kita pasti akan bersatu & jodoh ni rahsia Allah swt yang dah ditakdirkan utk diri kita.
Sebenarnya nak bagitau ending Seindah Takdir Cinta sgt best walaupun sedih, sebab cerita ni tunjuk kan pada kita kalau seseorang tuh memang dah jodoh kita, macam mana sekali pun dugaan yang datang kita pasti akan bersatu & jodoh ni rahsia Allah swt yang dah ditakdirkan utk diri kita.
Sekian.....
Al-fatihah pada yang telah kembali ke rahmatullah, mudahan2 mereka dirahmati Allah swt & ditempatkan dikalangan orang yang beriman, in shaa Allah, aamiinn :')
P/s: Persoalan sekarang pada kita yang belum berkahwin ni, sama ada jodoh atau ajal yang datang dulu kan?