Friday, 21 July 2017

Turns 22 today 🚨

Assalammualaikum,

I'm back for blogging on my semester break (until end of August'17).

Hari ni genap 22 tahun hidup di dunia ini. Alhamdulilah masih lagi diberikan kesempatan untuk bernafas dan teruskan kehidupan di dunia sementara ni. 

Bila umur dah meningkat ni, kesedaran tentang mati itu semakin kuat. Yelah selama hidup 22 tahun ni, terasa diri lebih banyak dosa daripada buat amalan yg baik. Sepanjang tahun 2017 ni banyak jgak dapat berita kematian.Rasa terpukul sangat bila dapat berita kawan2 yang kehilangan ibu dan bapa mereka bila mereka sangat memerlukan sokongan pada saat itu. Allahu aku tak boleh bayang kalau aku berada ditempat mereka, mungkin aku juga akan hilang arah sekejap. Satu sahaja harapan aku utk saat ini,  moga Allah swt panjangkan umur kedua ibu bapa ku sehinggalah aku berjaya membalas jasa mereka. Aaminn 💕 

Then, for those yg wish dan mendoakan ku pd hari yg special ni terima kasih bebanyak 😊 Mudahan2 segala urusan awak semua juga dipermudahkan Allah swt aaminn. Ada juga yg bertanya tentang soal jodoh,  harap awak semua mendoakan yg baik2 ye🌸 Bila sampai seruan dr Allah utk ku,  in shaa Allah akan ada kad jemputan yg menanti 😉 Don't worry, baru 22 tahun ni,  rasanya aku belum lg ready untuk jd seorang isteri. Why? Sebab masih byk kekurangan pd diri aku ni,  masih ada tanggungjawab lain yg perlu dilakukan & ada beberapa benda lg yg tak dicapai. (*hutang mara dgn ptptn pun tgah mnunggu ni haa*) 

Celebration birthday?
Tahun ni,  dapat sambut birthday dgn ibu abah & adik perempuan je. Adik lelaki dh ada kt ipoh sne, hope you're doing well my boy 😘 Tak de lah celebrate apa pun, cuma syukur sbb aku masih diberikan peluang ada bersama dgn ibu abah adik tahun ni. (*sbb tahun depan student UiTM rasanya tgah hadap paper exam😣) Alhamdulilah tak perlu celebrate pun takpe, cukuplah dgn doa dan ingatan pd diri ku pun dh memadai 😊 Bila umur dh meningkat, bukan celebration yg aku cari tapi ketenangan dlm hidup dgn mereka yg aku sayang. 




P/s:Mudahan2 kepada mereka yg telah kembali kepada Allah swt, ditempatkan dikalangan orang yg beriman aaminn. Al-fatihah.

No comments:

Post a Comment