Thursday, 28 January 2016

Institut Profesional Baitulmal - part1

Dah nama entry kali ni pun Institut Profesional Baitulmal (IPB) so memang nak cerita pasal IPB lah ye tapi takde lah gedebuk aku nak cerita dekat entry ni.  So first, biasalah bila orang dengar nama IPB je * yang ada 'baitulmal' tuh* confirm orang akan ingat semua pelajar dekat situ dapat bantuan free uolls sedangkan takde lah macam tuh pun. IPB ni sama je macam institut / universiti yang lain ada. Ada yang dapat baitulmal, pinjaman PTPTN dan MARA. Tapi untuk dapatkan baitulmal tuh ada syaratnye bukan senang-senang semua akan dapat hokay. Macam mana aku tau pasal IPB semua ni? Eh mestilah tau sebabnya aku ni ex pelajar IPB, aku ambil diploma dalam Sains Komputer (usahasama dengan UITM) dekat IPB ni. Tapi aku baru je habis study kat sini tahun lepas (10/2015) , dua tahun setengah lah duduk dan belajar dekat IPB ni. Aku belajar kat sini memang 100% duit daripada pinjaman MARA, yang bezanya pinjaman dekat IPB dengan universiti lain especially UITM sebab kat sini ada pinjaman MARA lah sebab kalau dekat kampus UITM memang ada pinjaman PTPTN je *UITM je yang aku tau ye kalau salah sorry lah ye* . Cuma bila nak apply pinjaman ni, memang rumit walaweiii emosi,fizikal dan mental semua down lah masa nak apply masa awal sem 1 dulu. Rumitnya Allah swt je yang tau, tapi nasib alhamdulilah masa sem 2 pinjaman aku diluluskan :) Pinjaman ini amat penting bagi aku *mungkin sesetengah orang nampak / fikir buat apa nak ambil pinjaman masa belajar, nanti diri sendiri kena tanggung hutang beribu riban* sebab aku ni bukan daripada keluarga yang berada / senang, tambah pulak aku ni anak sulung so memang tak nak harapkan duit mak bapak lah cukuplah ada adik dua orang bawah aku tuh. Itu semua pengalaman paling tak dapat lupa lah serious! Tapi nasib baik batch (05/2013) adalah batch yang terakhir akan dapat diskaun pembayaran balik kat MARA nanti, diskaun tuh bergantung pada CGPA kita yang last sem so nanti dah dapat transkrip daripada UITM masa konvo nanti baru buat surat permohonan diskaun pembayaran pinjaman pada MARA.  Kalau PTPTN pulak tak silap aku dia bagi elaun untuk satu sem terus dalam bank, tapi duit yang masuk dalam bank tuh memang dah tolak yuran semua lah. Kalau MARA setiap bulan duit elaun akan masuk then duit yuran memang kita akan bayar sendiri, tak macam PTPTN dah tolak awal-awal. Kalau biasiswa baitulmal selalunya dia ada dua peringkat pembayaran dia masa awal sem dengan akhir sem pelajar akan dapat duit baitulmal tuh. Ada yang dapat biasiswa untuk elaun+yuran, ada yang untuk elaun je dan ada yang untuk yuran je. So tengok lah rezeki masing-masing, sebab nak minta biasiswa baitulmal ni kena interview dulu baru boleh dapat :D 

P/S: seterusnya bersambung di entry lain...

Ihsan daripada google :)


Thursday, 21 January 2016

Dah habis belajar, bila nak tunang / kahwin???

Perkara biasa bila dah masuk umur 20-an ni, kita akan ditanya soalan yang macam ni hah "eh, dah ada pakwe belum ni?", "bila nak tunang/kahwin dah habis belajar ni?" dan seangkatan dengannya yang berkaitan kahwin. So bila dapat soalan-soalan cepumas macam ni, kita mestilah dalam hati " ya allah, nak jawab apa lah kan *sambil dok pikir ayat baik punya nak balas*" then bila kita dah balas soalan-soalan di atas tuh biasalah orang tak percaya "eh tak kan lah takde pakwe lagi ni" *ingat senang nak cari/dapat bakal suami/imam yang boleh bimbing kita nanti, kalau senang macam nak pilih baju takpelah ni nak pilih baju pun susah sekarang ni haha xD*. Ada tuh yang tanya pasal kahwin, pantang dapat tau kita dah habis belajar je nak tanya rilex luuuuu uolls, saya ni muda lagi baru nak rasa erti kehidupan yang sebenar lagipun nak tunang/kahwin semua pakai duit bukan air liur uolls. Lagipun jodoh semua ketentuan Allah swt, belum masa sesuai lagi untuk saya berkahwin. Saya ni pun belum yang terbaik dan belum bersedia untuk jadi seorang isteri/ibu yang sempurna *ecececehhh ayat tak boleh bla betul haha :D Tipu lah tak rasa jeles tengok kawan-kawan yang dah kahwin kan, perrghhh sweet tengok orang kahwin muda ni. Tapi think positive je okay, perancangan Allah swt adalah yang terbaik buat kita semua. Lagi pun DIA tau kita masih belum mampu lagi nak berkahwin. Mampu dari segi apa? Dari segi emosi dan mental lah uolls, jangan ingat 'seronok'  kahwin je kehidupan lepas kahwin tuh lah yang paling penting dan mencabar. So prepare kan diri dulu ye uolls, kalau kita dekatkan diri kita dengan Allah swt In shaa Allah dia akan berikan kita kehidupan yang baik termasuklah pasangan yang terbaik untuk kita :) 


Take a note please!



P/S: Dua orang kawan baik aku akan menamatkan zaman bujang tak lama lagi, ya allah tak sabar pulak rasanya. May allah ease everything for both of you my sayang sayang <3

Wednesday, 20 January 2016

What do you mean?


Bila peluang telah diberikan kepada seseorang itu, gunakan lah peluang yang diberi sebaik mungkin sebab peluang tuh mungkin akan datang sekali je *bukan peluang utk kecewakan hati dia*

"Bila si B sudah mula memberi pelbagai alasan supaya tidak menghubungi nya kerana sesuatu sebab maka si A mula tertanya-tanya macam lagu 'what do you mean' si justin bieber tuh dan mengesyaki ada sesuatu yang disembunyikan oleh si B. Si A sangat kecewa sebab peluang yang diberikan pada si B dipermainkan dan di sia-siakan macam tuh je. Si A memang tak sama macam orang lain, tetapi si A ada tahap kesabarannya dan tahap kesabarannya dah melebihi had maximum. Bagi si A dia hanyalah tunggul dan patung permainan yang tiada perasaan kerana si B seringkali melakukannya seperti itu. Kehadiran si A tidak memberi apa-apa makna dalam hidup si B dan tidak dihargai pun. Dan akhirnya si A membuat keputusan untuk .................. ". hah kalau korang agak-agak nak buat apa keputusan akhirnya??? 

Itulah kehidupan ye uolls, apa yang ada depan mata tak kan pernah cukup dan mesti nak lebih lah confirm kecuali orang yang betul-betul bersyukur dgn apa yang Allah swt dah beri pada dia. Tapi kita tak boleh salahkan sesiapa sebab setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin kehadiran seseorang dalam hidup kita bukan untuk jadi teman hidup tapi untuk mengajar kita menjadi lebih baik dan kuat untuk menjalani hari-hari yang mendatang. Think positive je okay kalau dok memanjang think negative memang tak jadi apa lah walaweeiii... Entry kali ni saja dok membuat cerita macam cerita drama tuh jangan salah faham si A dan si B tuh hanya huruf je takde kena mengena dengan kisah sesiapa pun :) 

P/S: Jangan sesekali berikan harapan pada seseorang dan hargai lah seseorang dalam hidup anda okay.

Tuesday, 19 January 2016

Encik potato vs Cik Yogurt

Sekarang ni semua nak berlawan-lawan nak badan cantiklah sampai sanggup habiskan beribu-ribu hokay nak cantik. Sebenarnya pemakanan kena jaga jugak sangat penting tapi please take note that pemakanan yang sihat ye bukan TAK MAKAN LANGSUNG. Kalau tak makan langsung memang cari nahas sebabnya dia akan effect pada badan kita sendiri *sebab dah pernah kena melalui pengalaman sendiri. So, actually takde lah nak bagi tips apa pun tapi just nak bagitau kebaikan kentang dan minuman ber"yogurt" je. 


Sebenarnya, bila kita makan kentang tak kesahlah apa jenis menu pun *tapi kalau boleh elakkan minyak ye*  ianya berikan kebaikan pada tubuh badan kita. Sebab apa? Sebab kentang boleh mengurangkan lemak kita yang berlebihan ni, boleh tahan diri kita dari lapar, memberikan energi pada badan, dan yang aku paling suka sekali bila kita makan kentang kita akan senang je membuang which means mudahkan sistem pencernaan kita, bila dah ada semua tuh so badan kita akan sentiasa fit :) Kalau tak percaya cuba lah makan kentang selama bberapa minggu confirm berkesan especially akan berkesan kat perut kita yang dah macam tayar michelin tuh hihihi XD



Then minuman yogurt ni pulak, sama jugak dia melancarkan sistem pencernaan lebih kurang je kalau kita makan kentang then minum air ni perghhh cepat je membuang i like it <3 So apa lagi cuba lah ye uolls semua :) Selamat berjaya! 



P/S: Selamat hari lahir ibu ku sayang #18012016yesterday. Love you so much and forever <3


Friday, 15 January 2016

When emotion overcome the truth


Bila sebut perkataan "keluarga" mesti akan teringat peribahasa ni kan "Air dicencang tidak akan putus.". Walau bagaimana masalah yang melanda sekalipun, hubungan kekeluargaan tidak akan terputus. Kadang-kadang dalam satu situasi di mana kita amat sayangkan semua ahli keluarga kita, tengah-tengah bahagia, gelak tawa semua dgn dorang, sentiasa berkumpul bersama, pasti ada diantara kita yang iri hati dgn kebahagiaan kita tuh. Apabila iri hati, timbul lah si batu api  yang suka melaga-lagakan, mengadakan cerita yang takde dan buat fitnah di antara saudara sendiri untuk kesenangan diri dia. Bila dalam situasi ni, hati kita akan ada perasaan kesal, kecewa dan sedih yang sangat mendalam * luka di hati tuh jauh lebih sakit daripada putus kawan/cinta* sebab kita masing2 bergaduh dgn darah daging kita sendiri tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya. Yang dulunya sentiasa ada disisi dan sentiasa rapat bertanya khabar semunya hilang hanya kerana satu perkara yang tidak diketahui kebenarannya. Sebenarnya boleh je kita semua bawa bincang selesaikan masalah ni tapi bila ego dalam diri mengatasi segalanya so berlarutan lah hal seperti ini. Sebagai hamba Allah swt, apa yang kita boleh buat kita hanya serahkan segalanya padaNYA untuk memperlihatkan kebenaran yang sebenar dan menjernihkan semula hubungan kekeluargaan ni. Bukannya pergi menuntut ilmu2 lain ye uolls, astagfirullahalazim minta dijauhkan lah dari segala benda2 khurafat ni. Meminta kebenaran daripada Allah swt bukan untuk tunjukkan pihak mana yang menang atau kalah tapi untuk mengetahui perkara yang sebenarnya dan memperbaiki semula hubungan kekeluargaan ni okay. 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.[Riwayat Bukhari & Muslim].


Dari 'Aisyah ra katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan." (Riwayat Bukhari)


Entry kali ni memang random, sebab tiba-tiba terDAPAT IDEA TANPA SENGAJA hokayy. Last but not least, mudah-mudahan semua ahli keluarga sentiasa di bawah lindungan Allah swt, dan semoga dipermudahkan setiap urusan dunia dan akhirat, in shaa Allah aminn.  


P/S: Sayang dan Rindu pada keluarga aku tak mampu diungkapkan dgn kata2 cukuplah Allah swt je yg tau.Moga semuanya selesai dengan sebaik mungkin. 

Tuesday, 12 January 2016

#PART2: Memainkan Perasaan Seseorang

... Okay sambungan daripada entry yang lepas.

| 01.01.2016 a.k.a Hari kejadian |
Sebelum tuh, malam tahun baru tuh aku dok lah mesej & wasap dgn mak dia tanya pukul brapa ada dekat wangsa maju semua la, plan baik punya dgn mak dia. Sambil plan dgn mak dia, sampaikan pulak pada geng2 yg lain. Hah punyalah tak nak kantoi dgn si khira ni, aku sanggup buat group kt wasap satu lagi untuk plan kteorg ni hahaha XD *sorry khira :P 

Then, the next day aku,zura & ain pergilah JJ dulu nak beli something utk dia & isi perut dulu sebelum nak kerjakan si khira ni :D Tengah2 makan dapat mesej dari mak khira bagitau lagi 15 minit nak sampai rumah. So apa lagi kteorg menggelabah lah risau tak menjadi plan menipu si khira ni, hoho. Nak tau sbb apa?  Sebab tau sgt dgn si khira ni, dia paling simple dalam geng kteorg dia bukan kesah sgt org nak sweet2 ni so kteorg risau nak tgok respon dari dia masa tuh. Lepas dah settle hadiah & buah tangan yg nak bagi kt dia kteorg gerak pergi rumah dia. Syeki tunggu kat area rumah si khira ni, sebab kteorg ni kalau area rumah khira tuh mmg suka confused kang elok nak buat suprise salah rumah plak hahaha :D 

Kteorg suruh syeki mesej nya si khira konon nak jumpa kejap sebab syeki dah ada dekat area situ, then si khira a.k.a mangsa kejadian ni pun cakap okay datang jelah. Lepastuh kteorg dah pun sampai rumah dia tapi kteorg nyorok kat tempat lain dulu suruh syeki sorang je yang pergi jumpa dia dulu. Then dorang ni pun dok bersembang kat luar rumah je, kteorg btiga ni pulak dok berbisik2 nak lalu mana nak suprisekan dia ni hahaha then tiba2 kteorg dgr si syeki dah start2 dah cerita dia bgtau yg kteorg tak dapat dtg lah apa lah semua. So sebelum syeki gebang lebih banyak lagi kteorg pun pergi lah kat si khira ni, then dia punyalah terkejut nak tau dia cakap apa? Dia cakap "siot betul!" hahhaha :P Lepas tuh dia kemain lagi pergi bagitau mak dia yg kteorg datang sedangkan mak dia dah tau dulu dah dari dia :P Kteorg sembang2 kejap then apa lagi last jumpa dia kt KL ni so kteorg pun ape lagi tangkap laa gambar sebagai kenangan :) We're missing another two girls which is Nina & Qurratul tapi takpe khira jgn sedih nanti in shaa Allah kita jumpa lagi ye ;) 






To khira, jaga diri baik2 semoga dipermudahkan setiap urusan dunia dan akhirat ye. Love you khira <3



Saturday, 9 January 2016

#PART1: Memainkan Perasaan Seseorang


Bila masuk tahun baru nampak macam nak celebrate new year kan, tapi sebenarnya kteorg buat sesuatu tak pernah buat okay benda ini. Ini semua semata-mata untuk kawan baik kteorg yang mengada-ngada nak pindah setelah 7 tahun bersama dgn kteorg kat KL ni saja je dah bagi sayang lama-lama then nak tinggalkan kteorg haish! 

Ini lah dia yg mengada-ngada nak pindah tuh, Fakhira Iwani~

Ceritanya mula-mula dia wasap kat group inform kteorg, 24/12(khamis) dia nak angkat barang2 semua pindah ke perak. Dia kononnya nak kteorg tolong angkatkan barang2 dia & jumpa dgn dia lah masa tuh. Sedangkan kteorg mati2 ingat dia angkat barang masa krismas sehari selepas tuh, yelah kebetulan masa tuh yang kteorg lain masing2 ada hal dgn family masing2. Then masa tuh datang lah, idea yang bernas dalam kepala otak aku ni nak kenakan dia, ngeh ngeh ngeh *gelak witch* Nak tau apa idea bernas tuh? Kteorg nak delay kan seminggu lepas tuh baru jumpa dia which is masa 1/1/2016 tuh. Kteorg memang saja je nak mainkan perasaan dia & bagi dia marah, bengang dgn kteorg sebab tak kesah kan dia nak pindah kan, memang ternyata kteorg berjaya buat dia rasa macam tuh masa hari kejadian. 

|27.12.2015|
Hari ahad lepas tuh, kteorg berempat which is me, zura, ain & syeki without nina & qurratul. And of course la Fakhira tak kan ada sebab dia adalah mangsa kejadian kteorg hahahha :D Kteorg pergi tempat lepak masa zaman sekolah dulu2 iaitu Aeon Alpha Angle Jaya Jusco a.k.a JJ. Tempat ni memang femes bila balik sekolah je bajet2 laa pergi sini konon dah high class sangat la kt sini hahaha. Eh eh eh melalut dah aku ni, sebenarnya nak cerita lagi kteorg pergi JJ tuh utk planning BAIK PUNYE PLAN utk si mangsa kejadian ni nanti, nak rakam video ucapan la kengkonon, last2 aku punya video yang lawak je dapat record sebab yg lain malu2 kucing jap nak bagi ucapan, hohoho. Tapi of course lah, kalau dah berjumpa tak kan tak tangkap gambo right? :D Kteorg apelagi naik rooftop kt JJ tuh tngkap gambar subhanaAllah cantik okay permandangan dari atas tuh tengok ciptaan Allah Swt, fell in love hokayy! 










Then, berbalik pada cerita nak jadikan PLAN kteorg mmg akan menjadi kteorg berkomplot dgn mak si mangsa kejadian supaya nanti baru jadi kan :) Nasib lah mak dia sangat2 memahami & byk tolong bg information semua dalam masa seminggu tuh sehingga lah hari kejadian, hihihi. *sorry lah ye khira mak kau boleh jadi pelakon terBAIK cenggini hah!!*

 * Kita sambung di entry seterusnya plak, #PART2: Memainkan Perasaan Seseorang



Tuesday, 5 January 2016

....Happy 2016....

.....Alhamdulilah syukur diberikan kesempatan dari Allah Swt untuk aku bernafas walaupun selama ini masih lagi lalai dengan kehidupan duniawi....

Today is the first week we all in 2016, but I was not directly excited to be entering this new year. Semua orang sibuk utk persiapan tahun baru terutamanya ibu bapa yang anak2 nak pergi sekolah tu (*sama la macam ibu abah aku sibuk dengan adik2 aku) Tetapi sekarang ni bukan masa nak cerita berapa yang abah dah spendkan utk adik2 aku hokayy!! But this entry is all about friendships.

What is friendships?? *Sila lihat gambar dibawah itu la maksudnya :)
Yes, i truthfully agree with that statement :') Bila dah tempuh alam persekolahan, kolej dan pekerjaan, sejujurnya "friendship" tuh sangat penting selepas family kita. Masa tempoh ni lah kita akan kenal pelbagai karakter kawan kita tak kiralah dari sisi baik mahupun buruk. Ada sesetengah orang hanya la berkawan dengan kita apabila kita tengah senang especially bila kita ada duit laa uolls. Ada yang berpura-pura sahaja depan kita katanya "engkaulah sahabat baik aku sepanjang hidup aku ni:')" *oohhh so sweeeettttt :D, tetapi hakikatnya di belakang kita dia mengutuk bagai nak rak *pung pang pung pang bla bla bla itu ini* tentang kita dekat orang lain, ya allah bawa bersabar laa ye kalau ada kawan macam ni. Ada juga yang bila berkawan tu, nak menunjuk2 dia lagi pandai, hebat, cantik & seangkatan dengannya. Tak payah lah nak tunjuk semua tu, tak bawa masuk kubur pun kawan.*sekadar menulis takde kena mengena dengan sesiapa. Ada juga kawan yang cemburu dalam diam dengan kawan dia sendiri tak kira lah dalam situasi apa pun mesti nak cemburu, masyaAllah jenuh ada kawan macam ni sebab sepanjang masa nak jaga hati dia, tapi hati kita? Kesian tak ada siapa pun nak kesah tentang hati kita uolls. Tetapi ada yang berkawan dengan kita susah dan senang bersama2, bila kita susah dia lah tempat mengadu semuanya & bila senang pun sentiasa ada dengan kita. *daripada pengalaman sendiri. Bila kita berkawan dengan seseorang, kita tak perlu pun setiap hari dok berkepit 24 jam uolls, cukuplah bertanyakan khabar seminggu/2minggu/sebulan sekali (tapi kalau bertahun2 tuh melampau namanya :O) & kirimkan doa untuk sahabat kita tu okay. Then bila dh berkawan jagalah jugak adab semua, janganlah fikir semua orang suka dengan perangai giler2 kita ni hehe :D 

p/s: Hargailah sahabat kita selagi masih ada, jangan buat taik dengan sahabat kita okay, take a note!:)

Dicatat oleh Nurul Iman.